Jumaat, 15 Januari 2016

Review Aqiqah 01 : Photographer Wandy Yusoff


Salam Cinta, Kasih & Sayang

Entri kali ini adalah mengenai photographer untuk majlis aqiqah Muhammad Aqil yang saya rancang dalam bulan 3 atau 4, amin...Semoga dipermudahkan.

Januari - Genap setahun saya tidak menerima album nikah, sanding dan bertandang setelah berpuluh whatssupp / pm fb pun tiada maklum balas, apakandaya sedihnya hati ini hanya Allah yang tahu..

Walaupun pada zaman "viral" ini, saya pasti ramai yang akan menjadikan diri mereka iaitu mangsa keadaan mendapat perhatian, tapi bukan saya. Cukuplah sekadar mendoakan agar pintu hati Encik Photographer itu terbuka untuk menyiapkan atau menyerahkan album yang saya amanahkan itu.

Atas disebabkan maslahah ini, Tuan Wandy Yusoff sudi untuk menaja sesi outdoor saya tetapi ianya tidak akan sama bukan. Jadi dengan rendah diri saya mengucapkan syukur kerana masalah saya diberi perhatian oleh abang Wandy Yusoff dan insyaAllah ianya akan diganti untuk shoot Majlis Aqiqah Muhammad Aqil, si jantung hati saya yang baru berusia 25 hari - 15 Jan 2016.

Saya gunakan gambar-gambar yang diambil oleh adik beradik dan saudara mara untuk kenangan anak pada suatu hari nanti dan sikit pun saya tidak akan melatah dengan kejadian yang terjadi cuma doa saya untuk photographer tersebut kerana saya juga berniaga, dan kita sesama agama.

Semoga dimurahkan rezeki abang Wandy Yusoff, amin...

Kepada semua bakal-bakal mempelai, berhati-hatilah dalam pemilihan jurugambar majlis bersejarah anda walau pemilihan yang saya buat dulu juga adalah berdasarkan survey dan photographer berkenaan juga agak terkenal dan bayaran RM1,200 untuk pakej yang diberi ( tiada story album, saya masih mahu kekalkan tradisi lama iaitu gambar 4R dicuci sebanyak 4 album iaitu 4x100 keping untuk Majlis Nikah 1 album, Majlis Sanding 2 Album dan Majlis Bertandang 1 Album, ini perjanjian yang dijanjikan tapi tidak muncul tiba...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Design by Pink Is Love | Tempah Blog.Copyright © 2013 Pesona Indah Hantaran