Ahad, 17 Januari 2016

Berniaga bermula dari bawah

Saya memulakan perniagaan saya dengan bermodalkan RM150 sahaja di mana dengan duit sebanyak itu saya beli dulang murah, bunga murah, reben murah dan semuanya murah.

Syukur pada Allah, atas rezeki yang melimpah kerana berkat kesabaran, setiap bulan hasil dari duit gaji saya dalam 3 tahun dan akan belanja kurang lebih dalam RM150 ke RM200 sahaja sebulan untuk pengumpulan dulang dan stok bunga untuk di sewakan.

Saya bermula dari 2013 dan sehingga kini alhamdulillah untung bersih boleh capai 4 angka, yang penting jangan lupa ibu bapa dan berkongsi rezeki.

Jika ada peluang, anda boleh bersedekah sambil berniaga, itu yang saya lakukan sehingga kini. Moga menjadi inspirasi kepada semua.

Jangan cepat melatah, adat berniaga ada pasang surut, percaya dengan rezeki yang Allah berikan.

Puan Siti Mardhiah Binti Rahim


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Design by Pink Is Love | Tempah Blog.Copyright © 2013 Pesona Indah Hantaran