Sabtu, 3 Mei 2014

Dayang-Dayang Hantaran / Hulubalang-Hulubalang Hantaran


Sangat chomel jika kita dapat uruskan jejaka-jejaka malaya atau dayang-dayang yang manis untuk dijadikan sebagai pembawa hantaran untuk majlis yang dirai..

Apatah lagi jika baju yang dipakai kesemuanya sama dan sedondon, kadangkala jejaka malaya dan dayang-dayang ini tidak lain dah tidak bukan adalah dari rakan taulan pasangan pengantin itu sendiri atau saudara mara..

Sekarang juga sudah menjadi trend bila pembawa-pembawa hantaran ini semuanya memakai baju tema yang sama dan mengiringi pengantin bersama kesemua dulang hantaran dan saya amat yakin yang mata para tetamu akan tertumpu kepada pengantin dan kesemua jejaka-jejaka malaya atau dayang-dayang ini kan...Yelah, apa tidaknya..semuanya kacak dan comel2x belaka...

Dan mungkin sehingga kini, masih ramai lagi yang hanya menggunakan khidmat makcik2x, anak2x buah, sepupu-sepapat yang memakai baju pelbagai warna untuk membawa hantaran....

Tidak kira siapa pun yang membawa hantaran, kita sentiasa mendoakan agar majlis akan berjalan lancar..

Jom kita view dayang-dayang yang cantik manis di sekitar majlis customer saya iaitu Hjh Umi Habibah.








Kita tengok dayang-dayang dan hulubalang-hulubalang dari majlis orang lain pulak ya....








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Design by Pink Is Love | Tempah Blog.Copyright © 2013 Pesona Indah Hantaran