Isnin, 24 Mac 2014

Rahsia kejayaan yang harus dikongsi bersama



Syukur kepada Allah S.W.T, Allah memberi saya kekuatan untuk meneruskan perjuangan saya dengan nawaitu berniaga sambil bersedekah...

Tidak lupa kepada keluarga yang sentiasa menyokong kerjaya saya sekarang, bukan senang untuk bergelar Pekerja + Pelajar + Buat bisness pada waktu yang sama..

Pelbagai cabaran dan rintangan telah ditempuh dan masih tinggal 1 sahaja perkara yang masih saya perlu selesaikan, insyaAllah...Sikit-sikit, lama2x selesailah..

Bukan mudah saya nak berada di tahap ini, makin dikenali dan total like page Pesona Indah Hantaran II yang semakin bertambah, tapi saya sentiasa bersyukur kerana masih punya emak yang sentiasa membantu saya dan berada di samping saya tidak kira waktu..."I LOVE YOU MOM"..

Jatuh bangun saya, ibu akan sentiasa bersama saya, tidak lupa abah, adik beradik dan saudara mara..Tidak perlu memberitahu 1 dunia tentang apa yang terjadi, kerana biarlah kita menjaga keaiban mereka, kerana JANJI ALLAH ITU PASTI!!

Untuk pertama kalinya juga dalam hidup saya, saya telah berjaya mendapat 'ANUGERAH DEKAN" dengan purata CGPA 3.5 ke atas, Allahuakbar!!! Kesibukan bukan alasan untuk kita untuk jadi malas!!

Bukan mahu bermegah atau mahu menunjuk, cuma kalau saya yang bekerja dari Isnin - Jumaat dengan waktu kerja 9.00 pagi sehingga 6.00 petang (Niat kerana Allah, sebab tu stay back sampai pukul 9 malam pun ok,syukur), dan hujung minggu dengan aktiviti gubahan saya dan komitment terhadap pelajaran pun masih boleh buat apa yang saya mahu..Janji dapatkan redha ibu dan bapa, itu yang terbaik!

Saya juga belajar dari kesilapan, dan pernah hampir putus asa dalam hidup kerana dugaan yang sungguh berat, tapi DOA IBU telah membuka mata saya untuk menghargai diri sendiri dan sentiasa kuat...

Bila kita sudah terlalu sibuk, buatlah JADUAL WAKTU anda sendiri..Bila last anda buat??? Tingakatan 5? Darjah 2?

Kalau bagi sesiapa yang sibuk macam saya, hujung minggu adalah waktu yang sangat berharga, jadi bila semester sudah bermula, saya akan berhenti untuk keluar membeli belah, berjalan2x atau sebagainya tetapi akan peruntukkan hujung waktu di perpustakaan....berkorban 4 bulan, lepas tu boleh buat aktiviti kesukaan kita balik...

Percaya pada diri yang anda boleh lakukan!! Allah sentiasa bersama-sama kita kerana JANJI ALLAH ITU PASTI!!

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Design by Pink Is Love | Tempah Blog.Copyright © 2013 Pesona Indah Hantaran