Selasa, 18 Februari 2014

Kursus Pra Perkahwinan - 2 hari sahaja!!!



Setelah beberapa entri saya pos tentang Kursus Pra-Perkahwinan, dan di entri ini saya akan ceritakan tentang step untuk permohonan Kursus Pra-Perkahwinan dari A-Z.

Ok, sebelum saya mulakan entri saya dengan lebih panjang lebar, saya nak share informasi yang saya dapat dari Ustaz Nazar, Ketua Urusetia Pra-Perkahwinan pada 15 Feb - 16 Feb yang lepas...

Mungkin ramai yang telah mendengar gosip tentang Kursus Pra Perkahwinan yang akan di adakan selama seminggu???? hapaaaa...sampai bakal adik ipar pun tanya saya...

Pada hari pertama kursus, Ustaz Nazar sudah menceritakan yang Kursus Pra Perkahwinan seminggu itu adalah kisah dongeng semata-mata...Jadi makanya, Kursus Pra Perkahwinan ini masih tetap akan berjalan selama 2 hari sahaja!! Tiada kurang dan tiada juga bertambah...

Bayaran untuk Kursus Pra-Perkahwinan adalah sebanyak RM80.00 sahaja!! Tapi mungkin ada juga organisasi persendirian yang mengelolakan Kursus Pra-Perkahwinan ni, jadi saya tak dapat nak memberi tahu detail bayaran dan rasanya sila bertanya dengan pegawai yang berkenaan..

Untuk sesiapa yang ingin menyertai Kursus Pra-Perkahwinan di Pejabat Agama Islam Klang, saya sudah post detail di entry ini : Jadual Kursus Pra Perkahwinan Anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Klang 2014.

Untuk dapatkan borang pula, anda boleh download di sini : Download borang di sini

Pengalaman saya??? saya dah download borang dan siap isi, bagi kat En Tunang untuk hantarkan dan membuat bayaran di PAID, hehe....ingatkan hantar, bayar pastu boleh balik...rupanya kena tunggu...Entah, x tanya lebih lanjut pun sebab saya yang terlalu sibuk....

Selepas selesai membuat pembayaran, anda akan diberi resit dan surat jemputan dari PAID untuk Kursus Pra-Perkahwinan macam ni





Nak tegaskan sikit tentang pemakaian untuk menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan...Ok, memang PAID tidak meletakkan syarat yang ketat untuk pemakaian ke Kursus Pra-Perkahwinan ni, tapi sebagai manusia yang penuh dengan adab dan sopan, harap tuan puan yang di kasihi bolehlah ikut peraturan yang terlah ditetapkan...tak lama pun, 2 hari sahaja..

Dan saya nak tegur kepada sesiapa yang suka memakai kaca mata "REBEN" atau apa-apa jenama tu, tolong tanggalkan kaca mata tu semasa mengikuti mana-mana ceramah pun...ke takut orang nampak anda tidur??  :p  .Ini sebagai menghormati majlis...Tidak lupa pada yang suka memakai topi tu, letaklah atas meja tu semasa mendengar ceramah, rasanya Dewan Al-Ghazali tu sangat sejuk, jadi anda jangan takut panas ya...memang tak ada matahari dalam dewan...




Jadi pada hari kursus pra-perkahwinan, untuk kaum lelaki, boleh pakai baju lengan panjang / pendek dan seluar panjang (jangan la pakai tshirt atau jeans tu, simpan utk 2 hari ok)..

Dan untuk kaum hawa pula, rasanya sangat sopan jika anda memakai baju kurung walau pada hakikatnya saya memang tahu ramai yang ada mini2x dress yang ada tali pinggang / blause yang cntik2x...harap semuanya di simpan,dan sarunglah sepasang baju kurung agar kita dapat menghormati majlis dan peraturan yang telah diberikan...

Masa hari pertama kursus, sila datang awal dan janganlah datang pukul 10 atau 11 pagi...saya tahu tu adalah hari sabtu jadi waktu cuti memang ramai yang cengkelat sebab masa hjung minggu lah waktu untuk kita berehat bukan??? jangan lah mcm ni kawan sebab menghadiri majlis ilmu juga satu ibadah...Pernah dengar Fardhu Ain dan Fardu Kifayah?? Google please.....

Anda mungkin boleh datang di antara pkl 7.45 pagi sehingga pkl 8..ini adalah waktu yang sebaiknya...

Ni Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAID) 



Kursus pun bermula.....zzzzzZZzzzZZZZz hah??? Tidur??? rasanya kita sendiri dah tahu kalau pergi kemana2x seminar, anda boleh bawa sedikit gula-gula untuk menghilangkan rasa mengantuk tu..Tipulah kalau saya cakap saya langsung x menguap..sebab saya pun manusia biasa...Jadi Syaitan memang akan cuba tarik kelopak mata kita untuk tertutup di majlis ilmu...

Sepanjang kursus ini, macam2x gelagat saya lihat dari peserta kursus, ada peserta lelaki yang asik terpandang belakang je...ntah apa yang dia tengok pun x tau, (tengok buah hati la tu)...cik abang, x lari cik adik awak tu....rimas kita tau!

Yang cik adik2x tu pun, adui....jagalah kesopanan dan kesantunan anda ok! sampai ustaz kata awak dari barisan memperjuangkan hak-hak asasi wanita tau, malu kita tau..terkena tempias...cuba dengar jer,  dan tak perlu menjawab setiap ayat yang penceramah bagi..ke awak nak menarik perhatian semua orang??? boleh, tapi ada caranya dan di tempat yang betul....

Dan saya pun tempuhlah Kursus Pra-Perkahwinan ni dengan rasa rajin + malas2x kuku ni...hehe...dan....dan....Hari yang di tunggu2x......

Taraaaa.....


My Sijil Kursus Pra-Perkahwinan


Diharapkan info di atas dapat membantu sesiapa yang tertanya-tanya bagaimana nak menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan ni...dan untuk makluman anda, sijil ni tiada tarikh tamat tempoh, jadi sampai bila2x pun boleh guna...

Tambahan informasi, orang luar selangor, luar daerah klang pun boleh ambil Kursus Pra-Perkahwinan ni di Pejabat Agama Islam Klang (PAID)..

Salam Cinta, Kasih & Sayang.
Principal : Ms Siti Mardhiah Rahim
Call / sms : 012-3380016
Call / whatssupp : 011-21105336
Laman web : www.pesonaindahhantaran.com

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Design by Pink Is Love | Tempah Blog.Copyright © 2013 Pesona Indah Hantaran