Selasa, 5 November 2013

Majlis Perkahwinan Aini & Adib, Jan 2013, Meru, Klang, S.D.E


Hari ini saya nak updated album penuh untuk Majlis Perkahwinan junior saya di SMK Meru iaitu Aini dan Adib pada bulan Januari yang lepas.

Rentetan dari album Kunjungan meja beradab cream biru dan Kunjungan Bilik Tidur Cream yang telah saya buat selepas majlis mereka selesai.

Dengan berkonsepkan pelamin yang simple + sweet dan dekorasi meja beradap yang dihias cantik oleh Wedding Station, Meru dan tidak ketinggalan bilik tidur yang kemas + menarik jadi memang saya katakan yang majlis yang diadakan sangat ok..Tidak perlu pelamin roman, tidak perlu pelamin ukiran...

Dan pengantin juga hanya mengenakan pakaian yang sama semasa akad nikah tapi masih CANTIK!!!.

Kira, kita sebenarnya masih mampu untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam keadaan sederhana tapi cute dan sweet, janji kita ukur baju pada badan sendiri..

Jangan kita sampai berhutang untuk merealisasikan impian yang bebanannya kita juga yang tanggung selepas majlis selesai, malahan sampai anak 6 pun hutang pinjam loan peribadi semasa kahwin masih belum selesai!!!

Jadi, semuanya terpulang pada kita..Kuatkan iman dari dikaburi oleh pakej2x yang hampir 50k, sedangkan kemampuan anda hanya pada 15k!!!

Jangan ada yang salah tanggapan mengenai statement saya, memang x salah kita buat majlis perkahwinan sehebat dan semeriah mgkin jika kita sememangnya mempunyai budget yang mencukupi.. Jadi, ini juga sebahagian dari peringatan kepada saya sendiri untuk persiapan majlis besar saya insyaAllah pada tahun depan...

Jom view album penuh dari Majlis Perkahwinan Aini & Adib





































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Design by Pink Is Love | Tempah Blog.Copyright © 2013 Pesona Indah Hantaran