Ahad, 17 November 2013

Pesona Indah D'Manisan in the house!!!!


Our New Like page Pesona Indah D'Manisan

Pesona Indah D'Manisan Menu:-
* Snow Cheese Cake
DM01 - Coklat
DM02 - Tiramisu

DM03 - Pandan
DM04 - Strawberi
DM05 - Lemon
DM06 - Vanila
DM07 - Red Velvet

* Desert & Cake
DM08 -  Red Velvet Cake      
DM09 -  Pavlova Fruity
DM10 - Pavlova Coklat
DM11 - Pecan Butterscoth
DM12 - Cream Puff (Custard/Durian)
* Durian Crepe
* Durian Delight

Kawasan pickup : Meru, Bukit Kapar, Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Saujana Utama, Kuang, Sungai Buluh, Batu Belah, Sg. Pinang, Klang Utama, Rantau Panjang, Shah Alam, Klang.

Tempat lain akan dipertimbangkan mengikut permintaan...

Hubungi Ms Siti untuk tempahan
Call + sms : 012-3380016
Call + whatssupp : 011-21105336

Jom view












Selasa, 12 November 2013

Bunga Telur Crepe Merah + Putih


Tempahan kali ini diterima dari ex-schoolmate saya semasa saya di SMK Meru, iaitu Haslinda untuk Majlis Perkahwinannya tidak lama lagi..

Permulaan order ditempah hanyalah untuk warna putih, tapi ada perubahan iaitu 50 merah + 50 putih..Bagi saya ia tak jadi masalah, jadi tema bunga telur saya kali ini ialah Bunga Telur Putih - Putih Melatih, Merah - Merah Delima....hehe..kelas kau.....

Ok, Jom view....










Selasa, 5 November 2013

Buaian Berendoi



Bermulalah episod buzy saya untuk mencari baby coat / katil bayi / buaian bayi dan nama yang sama dengannya..

Kira kalah orang yang ada baby gitu, ngeh ngeh ngeh..ala apa salahnya cari pengalaman dulu kan, kah kah kah....Saya survey ada tujuan, untuk preparation majlis cukur jambul anak buah saya Khalid bin Aemi Razman dan majlis special saya pada bulan 1 nanti..

Jadi, bila dah plan majlis jadi at that time dah start google info untuk pakej buaian berendoi, adui..mahalnya...tapi ada satu yang murah, but kalau boleh saya nak dapatkan buaian tu sendiri dan deko sendiri dengan cara saya sebab majlis akan digabungkan dengan majlis yang lain..apakah??? asik berteka teki jee..hehe..sabar ye tuan puan..relax.....hehe

Nie ha nama orangnya dan pakej hanya RM150 sahaja wokehhh!!!! Sangat lah murah, kalau ada sesiapa yang berminat, boleh hubungi Mil. Dan pakej bukan hanya sewa buaian tapi sekali deko..murah tu....Saya sendiri ada tanya mana dia beli buaian tu, dia respond, jadi kira sharing info...bgus kan, x kedekut...Jadi disebabkan kami di sini memang berkonsepkan budget, jadi memang saya akan promote..apa salahnya tolong kawan-kawan yang lain kan...

Nama: Mil - 012-9769150





ok, kita balik pada cerita saya....jadi hari ini saya berpeluang ke Rotan Asli Enterprise yang bertempat di Taman Eng Ann, Klang...Saya memang tahu kedai ni dari kecik sbb kedai ni mmg old school punya kedai, mungkin sekarang anak menantu dia yang mewarisi..

Jom view detail:

Nama: Rotan Asli Entreprise (SA0170842-H), alamak comp chop dh kabur, sorry ek kalau salah ROC dia.
Alamat: No 92-A, Jalan Pekan Baru, Taman Eng Ann, 411050 Klang, S.D.E
Tel: 03-33452886
H/P: 012-3355509 , 019-3822216 (aiya, kabur juga..nasib lah ya..),

ni ha picture buaian berendoi rotan, klasik kan..i like...
yang ni size besar, range harga dalam RM650.. harga boleh runding..
yang size kecik , harga dalam RM450...jadi sesiapa berminat, boleh lah ke sana ya tanya sendiri..



Kedai ni betul2x depan sek persendirian ni ha...dan view kedai tu mcm ni..




Ok, come back to the story, bila dah start survey di google, dan call beberapa vendor bertanyakan buaian besi, owh mak ai,,,mmg harga dia, huh....sbb besi kuwt...manalah nak kena dengan saya yang berkonsepkan budget ni, telan air liur je lah jawabnya...Tak pe, insyaAllah saya akan cuba usahakan juga..ngeeee.....

Butik ni juga mengambil tempahan untuk alat kelengkapan pelamin, bukan sahaja tempahan buaian berendoi. Boleh lah ke blog untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut ya..

Bawah ni di antara picture pelamin berendoi dari butik bunga rampai bridal, jadi apa2x boleh call owner sendiri ya..Harap maklum.






Salam Maal Hijrah 1435


Salam Maal Hijrah 1435



Pesona Indah Hantaran di Wedding Station, Meru, Klang, S.D.E


Jangan salah faham, gambar di bawah bukan butik saya tetapi butik rakan saya iaitu Wedding Station, Meru, Klang, S.D.E.

Saya hanya menjalankan perniagaan hantaran saya berkonsepkan 'HOME BASED BUSINESS', dan alhamdulillah memang dapat sambutan disebabkan pakej yang saya tawarkan adalah pakej budget dan mampu untuk semua golongan masyarakat..

Hantaran saya juga telah berada dan digunakan di serata negeri kira dari Perlis hingga ke Johor, semua ada...Cuma Sabah & Sarawak x pernah sampai...hehe.....










Majlis Perkahwinan Aini & Adib, Jan 2013, Meru, Klang, S.D.E


Hari ini saya nak updated album penuh untuk Majlis Perkahwinan junior saya di SMK Meru iaitu Aini dan Adib pada bulan Januari yang lepas.

Rentetan dari album Kunjungan meja beradab cream biru dan Kunjungan Bilik Tidur Cream yang telah saya buat selepas majlis mereka selesai.

Dengan berkonsepkan pelamin yang simple + sweet dan dekorasi meja beradap yang dihias cantik oleh Wedding Station, Meru dan tidak ketinggalan bilik tidur yang kemas + menarik jadi memang saya katakan yang majlis yang diadakan sangat ok..Tidak perlu pelamin roman, tidak perlu pelamin ukiran...

Dan pengantin juga hanya mengenakan pakaian yang sama semasa akad nikah tapi masih CANTIK!!!.

Kira, kita sebenarnya masih mampu untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam keadaan sederhana tapi cute dan sweet, janji kita ukur baju pada badan sendiri..

Jangan kita sampai berhutang untuk merealisasikan impian yang bebanannya kita juga yang tanggung selepas majlis selesai, malahan sampai anak 6 pun hutang pinjam loan peribadi semasa kahwin masih belum selesai!!!

Jadi, semuanya terpulang pada kita..Kuatkan iman dari dikaburi oleh pakej2x yang hampir 50k, sedangkan kemampuan anda hanya pada 15k!!!

Jangan ada yang salah tanggapan mengenai statement saya, memang x salah kita buat majlis perkahwinan sehebat dan semeriah mgkin jika kita sememangnya mempunyai budget yang mencukupi.. Jadi, ini juga sebahagian dari peringatan kepada saya sendiri untuk persiapan majlis besar saya insyaAllah pada tahun depan...

Jom view album penuh dari Majlis Perkahwinan Aini & Adib




































Design by Pink Is Love | Tempah Blog.Copyright © 2013 Pesona Indah Hantaran