Sabtu, 14 September 2013

Borong Kelengkapan Hantaran di Fah Lean Floral



FS 928 : Apa ni???

Ok, nak tahu ni kod apa? Ha..cuba tgok pic bawah :


 
Hari ini 14.9.2013, saya mengambil peluang untuk ke Fah Lean Floral untuk meninjau-ninjau koleksi bunga artificial dan segala perkakas kahwin/hantaran di sana..

Ini kira rentetan dari entry yang saya penah updated di link ini : Fah Lean Floral . Jadi kalau anda ingin mengetahui alamat atau laman web Fah Lean Floral ini, anda boleh klik link tu..

Jadi kod FS 928 tu adalah no member card saya untuk saya dapat 10% kalau saya beli barang2x di sana. Bagaimana nak dapatkannya?

Dengan setiap pembelian RM200 ke atas, anda akan secara automatik mendapat keahlian , jadi tanpa bertanya dan saya yakin belian saya hari ini memang confirmed lebih dari RM200, jadi saya pun terus pusing 1 Fah Lean Floral ni..(walaupun x tgok satu2x sbb En Gule Hati tunggu di kereta dan kira tak habis pusing).

Selalunya kalau saya pergi ke tempat2x jualan soalan pertama saya adalah ada member card?? haha, itu adalah perkara biasa bagi saya, selagi boleh berjimat katakan...Jadi nak jadi member Fah Lean Floral sudah pun dilaksanakan...

Next, saja nak cerita sikit tentang kedai ni, Tingkat 1 aka Ground Floor tu ada Kaunter Bayaran dan Paper Bag / Aksesori / Rangka Pelamin dan Tingkat 2 tu lah anda akan nampak semua jenis bunga/dulang hantaran/reben dan etc..Ya, saya memang tak sempat nak pusing disebabkan ada orang menunggu di bawah jadi saya terus ke tempat/rak dan dapatkan benda yang saya nak cari..

InsyaAllah bila ada masa terluang, saya akan pergi sendiri atau ajak lah kengkawan yang sudi teman untuk tengok satu2x benda yang  ada kat rak dorang tu...hehe, jadi kira info saya mengenai Fah Lean Floral ni masih tak cukup lengkap...

Tapi rasanya kalau nak tengok sendiri boleh datang sana sendiri, lagi PUAS HATI!!

Masa time saya datang tadi, ada satu pelamin sample yang boleh dikatakan cute juga..Nak tengok?? Ada ni ha....



Adui, macamana nak tegakkan gambar ni, semua cara tak boleh..ishh....Perhatian, sila sengetkan kepala anda untuk melihat gambar ini dengan jelas...

Hari ini, saya beli bunga dan aksesori untuk bunga telur saya, picture yang saya sempat amik ialah kain net untuk bunga telur dan beberapa keping gambar yang lain, kenapa tak banyak?? sebab bateri dah 'O'  ., haha, tak charge..







Ni bukti pembelian saya, hehe...





Comment mengenai harga-harga di sini, kira ok lah walaupun saya boleh dapat lagi murah di tempat lain! sebab di sini kira semuanya ada...senang...

Overall, layanan bagus!! kira macam 1 customer 1 promoter/salesgirl/pembantu, tapi ni kira pergi tak ramai orang, jadi nasib lah u allz punya time nnt mcmana, klu dah ramai mana nak dapat mcm sy kan..hehe

Ok, jadi akhirnya sampai juga lah saya ke tempat yang orang selalu sebut2x ni....hehe peace










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Design by Pink Is Love | Tempah Blog.Copyright © 2013 Pesona Indah Hantaran