Selasa, 27 Ogos 2013

Cenderahati perkahwinan - Bunga Telor


Pada abad ini, adakah masih relevent kalau kita menyediakan Bunga Telor kepada setiap tetamu sebagai cenderahati?? Tepuk dada, tanya selera..

Jika kita tanya orang tua-tua dulu, mak ayah kita, atuk nenek, onyang monyang kita mereka hanya menyediakan bunga telor sebagai cenderahati dari pihak tuan rumah / pengantin kepada tetamu yang hadir.

Tapi kini, jarang kita lihat rumah pengantin menyediakan bunga telor sebagai cenderahati, tapi ditukar kepada gula2x, sumi, coklat dan makanan ringan yang lain..

Adakah dengan menyediakan bunga telor sebagai cenderahati dianggap ketinggalan zaman? atau mungkin ada yang ingin kembalikan nostalgia yang semakin dilupakan?

Semuanya bergantung kepada anda, tiada salahnya jika anda ingin menyediakan bunga telor sebagai cenderahati dan mengikuti reka bentuk bunga telor yang terkini yang terlalu banyak di pasaran..

Pengalaman semasa menguruskan Majlis Perkahwinan abang sulong Abd Salam Rahim & adik Siti Badriah Rahim memberitahu jawapan kenapa pemberian bunga telor semasa majlis perkahwinan semakin dilupakan..

Ya mungkin kerana penyediaanya yang sangat memerlukan ketelitiaan dan kesabaran. Ikuti post entri saya yang selanjutnya mengenai penyediaan merebus telur untuk tetamu seramai 1500 orang!!! haha..banyak kan..Nantikan...

Dan juga ikuti kisah seterusnya untuk topik Bunga Pahar pula...

Salam Sayang,

Ms Siti
Call + Sms: 012-3380016
Call + Whatssupp : 011-21105336

Cenderahati perkahwinan - Bekas Seramik


Kali ini saya nak introduce Cenderahati perkahwinan yang moden sikit iaitu bekas seramik. Semestinya, saya akan post tempat yang berhampiran dengan lokasi saya iaitu di Meru, Klang.

Kira semuanya ada di sini, hehe..Bila check detail dalam facebook, total like setakat hari ini 27 Ogos jam 9.55pm ialah 33,772 total like..Wow!!!!!

Tak dapat lah nak bandingkan dengan kami di Pesona Indah Hantaran II yang baru cecah 305 like. Hehe..Tapi x apa, sebab saya bermula secara kecil-kecialan dan sehingga kini menjalankan perniagaan berkonsepkan home-based tapi alhamdulillah kerana sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

Dengan segala hormatnya, saya mempersembahkan hasil Inanicraftdesign yang menawarkan cenderahati seramik ekslusif buatan Malaysia!! dan kuality premimum pada harga bajet..

Yes, saya mmg concern pada mana2x perniagaan yang tulis ayat 'harga bajet' ni, jadi x salah kalau saya share di sini...Dan di sini, saya ingin membuat pengakuan bahawa kami di Pesona Indah Hantaran tiada hubungkait dengan semua vendor yang saya senaraikan di laman web kami. 

Jadi, jika anda ada sebarang pertanyaan, sila berhubung kepada vendor2x berkenaan dan insyaAllah saya akan memberi maklumat selengkap yang boleh untuk memudahkan urusan anda..

Di antara produk dari Inani Craft Design adalah seperti di dalam gambar:-




Sila layari laman web Inani Craft Design di http://www.inanicraft.com.my/ atau FB like page di Inanicraftdesign untuk maklumat lanjut.

Info:
Tel: 012-3556511
Product: bekas telur, bekas pelbagai guna, bekas rampai, tepak, glass painting, wall decor, photoframe, door gift, corporate gift etc

Mission
Untuk menjadi syarikat pembekal cenderahati nombor satu Malaysia
Company Overview
Inani Craft & Design diasaskan pada tahun 1996 di Meru, Klang.

Kami pengedar/pembekal cenderahati kahwin seramik 'hydrostone' pertama di Malaysia sejak 1996.

Kini juga menawarkan produk tanah liat (terracotta)....

100% milik bumiputera.

100% buatan Malaysia

Cenderahati perkahwinan - Kuih Bahulu


Post entry kali ini, saya nak cerita pasal cenderahati yang sering menjadi pilihan untuk tetamu iaitu dari kategori makanan iaitu kuih bahulu.

Mungkin ada yang terfikir, ianya merupakan cenderahati yang paling senang dan mudah kalau kita membuat tempahan dengan kotaknya sekali, jadi jimat masa!

Sekarang, kita tengok di antara jenis-jenis bahulu yang ada:-

1. Bahulu Gulung


2. Bahulu Lapis Nenas



3. Bahulu Kemboja



4. Bahulu Kosong



5. Bahulu Cermai




Pilihan warna untuk Kotak Biasa + Kotak Bertali + Kotak Bertangkai




Kotak Bahulu Gulung + Bahulu Cermai



Kotak Bahulu Kosong + Bahulu Kemboja








Tempahan: Perusahaan Makanan Meru
Tel: 03-33923848[Kilang] / 016-2186357[Latifah] / 017-2637734[Hafiidh] / 012-6722788 [Moraz]
Dibuka: Mon - Sat: 8:00 am - 5:00 pm


Ahad, 25 Ogos 2013

New Design pelamin 2013 - Pelamin Ribbon


Ribbon decoration now become trends!! Cute + Sweet...






Hantaran decoration with reasonable price


Saya selalu di tanya oleh mereka yg menempah kenapa meletakkan harga yg begitu murah utk gubahan hantaran??? jawapannya its my hobby!! boleh??? hehehe....dan yg paling best siap pakej dulang/lapik sekali....its coz brg dah sedia ada...kalo nak kene bli off course i kene deal rege lain kannnnzzzz..hehehe

acctually i lebih recommend pada para my beloved customer guna fresh flower. bukan apa....memang susah nak gubah fresh flower sebab kene wat last minit utk mengekalkan kesegaran bunga tapi percayalah sememang kos menggunakan fresh flower lebih murah berbanding artificial... x per penat sikit tapi berbaloi2 gitew hasilnya...hehehehe

bg mereka yg minat utk menempah sila call/sms Ms Siti utk check available lg x date yg mau d order...:) thanks to everyone yang bagi support until today...after this kita layan pulak empunya diri punya hantaran pulak...:))) weeee:)

From: Pesona Indah Group
Facebook:
Pesona Indah Hantaran
Principal/Founder: Siti Mardhiah
Sms/Call: 012-3380016
Whatssupp/Call: 011-21105336

Tips Bertemu Bakal Mertua


Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.

Tips #1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".

Silap hari bulan... anda yang akan "surprise".


Tips #2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.

Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.


Tips #3 : Topik perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai "topik perbualan", maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?. Saya dahulu pun mengalami masalah ini.. tak tahu apa yang hendak dibualkan apabila bertemu dengan bakal mertua saya dahulu. Sudahlah saya ini seorang yang pemalu dan pendiam.. bakal mertua saya tu pun sama.. jenis pendiam juga orangnya, Oh!.. memang sunyi sepilah sewaktu pertemuan itu nanti.

Jadi, disini, saya nak bagi satu tips (alangkah baiknya jika saya tahu tips ini sebelum bertemu bakal mertua saya dahulu) . Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.

Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.

Saya tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati. Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan). Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Tips #4 : Rajin-rajinkan diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke"kampung"an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan.. :). Tak percaya? Anda boleh cuba...

Akhir kata, saya doakan saat pertemuaan anda dengan bakal mertua anda berjalan lancar dan selamat menawan hati bakal mertua anda.  he! he! he!...:)

Sumber: Dari yang dipercayai


Sabtu, 24 Ogos 2013

Hantaran Merah + Peach + Pink



Selamat bertunang saya ucapkan kepada pasangan Mohd Faizal Adnan, Meru, Klang dan Farrah Nasir, Ipoh yang melangsungkan pertunangan mereka pada hari ini iaitu pada 24 Ogos 2013.

Hantaran bertemakan Merah + Peach + Pink adalah hantaran yang ditempah dari Mohd Faizal Adnan untuk pasangannya Farrah.

Terima kasih kerana mempercayai kami di Pesona Indah Hantaran.

Pakej sewa: RM15X9
Deposit: RM100 (Dipulangkan jika barang yang dipulangkan dalam keadaan baik)
Tambahan dulang : Bekas cincin + Design : RM50

Kami menawarkan pakej gubahan hantaran yang termurah dan insyaAllah akan cuba memenuhi permintaan dan cadangan dari anda.

Hantaran Peach + Merah + Pink.
Principal: Ms Siti
Call + Sms : 012-3380016
Call + Whatssupp : 011-21105336













 




 



From: Pesona Indah Group
Principal/Founder: Siti Mardhiah
Sms/Call: 012-3380016
Whatssupp/Call: 011-21105336

Jumaat, 23 Ogos 2013

Design : Gubahan Sejadah, August 2013

Gubahan Sejadah
Majlis Pertunangan Mohd Faizal
Tarikh: 24.8.2013
Tema: Peach + Pink + Merah




From: Pesona Indah Group
Facebook:
Pesona Indah Hantaran
Principal/Founder: Siti Mardhiah
Sms/Call: 012-3380016
Whatssupp/Call: 011-21105336


Khamis, 1 Ogos 2013

For Muslimah Wedding


Hijab is not something that old-fashioned or obsolete. Muslim Women can still follow fashion trends without sacrificing the body to be viewed by others. Especially for the great moment of marriage. The desire to appear perfect but still not break the rules of Allah. The following are some examples wedding dress for Muslim women. hopefully can inspire








Design by Pink Is Love | Tempah Blog.Copyright © 2013 Pesona Indah Hantaran