Jumaat, 31 Mei 2013

Kunjungan Hantaran Pink








Kunjungan Hantaran Purple













Kunjungan Pelamin Maroon


Hari ini saya nak share salah satu pelamin kunjungan di Majlis Perkahwinan sahabat saya semasa berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang iaitu Najib (MOHD NAJIB BIN MOHD JAIS) dan Nissa (KHAIRUNNISA BINTI RAHMAD) di Jalan Seri Kenangan 8, Taman Seri Meru, 41050 Klang, Selangor.

Disebabkan 'kami' diantara tetamu dari rakan-rakan yang awal hadir iaitu sekitar jam 12.00 tengahari, jadi tak dapatlah nak tunjuk gambar pengantin apatah lagi bergambar dengan pengantin.

Maaf ye kawan..Jadi ada lah beberapa gambar yang sempat saya ambil untuk masukkan dalam Koleksi Kunjungan Pelamin saya.. 

Macam dah jadi hobi, ambil gambar pelamin, khemah, meja beradap, pengantin dan suasana di majlis perkahwinan dan mungkin kerana minat..

Di antara gambar-gambarnya...





Khamis, 30 Mei 2013

Hantaran Oh Hantaran...


Sudut pembacaan saya kali ini berkenaan hantaran dan mungkin ia akan menjadi rujukan untuk majlis saya sendiri. Saya mengharapkan majlis yang sederhana dan yang paling penting majlis yang mendapat redha Allah dan restu keluarga..

Kalau diikutkan, memang kita akan dapat banyak sangat maklumat dari mana-mana laman web yang lain yang ada berdasarkan pendapat dan kajian masing-masing.

Info hantaran kali ini saya baca dari iluvislam.com dan membuatkan saya tertarik untuk berkongsi di laman web Pesona Indah Hantaran.

Di antara entri yang menarik adalah:


rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan....



Masih ingat lagi dengan jadual WANG HANTARAN MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN yang popular di Facebook sekarang?
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000




"Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: 'Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.'"
(Hadis riwayat Al-Baihaqi)




Pesona Indah Hantaran Business Card - New Design


Hari ini sememangnya menempuh banyak dugaan. Tapi ujian dari Allah bukan untuk buat kita patah semangat dan melupakanNYA tetapi kita harus teruskan perjuangan dan kehidupan kita dengan sentiasa mengingatiNYA.

Dalam keadaan yang gundah gulana ini, sempat lagi ke Print Cepat di Lot 4-31, Tingkat 4, Plaza Alam Sentral, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor untuk membuat business card Pesona Indah Hantaran.

Ikutkan hati ni macam2x idea nak fikirkan design yang ok untuk kali ini, tapi hati masih dalam keadaan yang hiba + sedih dan ini lah hasilnya sebab x dapat nak bgi tumpuan untuk pilih design mana yang ok..

                             

From: Pesona Indah Group
Facebook:
Pesona Indah Hantaran
Principal/Founder: Siti Mardhiah
Sms/Call: 012-3380016
Whatssupp/Call: 014-6347917

Cara-cara menggubah sireh junjung - Tema Biru (Sireh Junjung Pink)


Assalammualaikum + Hye All,

Di sini, saya ingin menunjukkan cara-cara menggubah sireh junjung melalui gambar yang telah diambil mengikut turutan.

Mungkin ada turutan yang hilang dari gambar di bawah disebabkan terlalu khusyuk membuat gubahan sampai terlupa nak ambil step2x yang penting dan wajib.

Maaf di atas kekurangan...

InsyaAllah, jika ada peluang saya akan membuat video cara menggubah sireh junjung ini..

















From: Pesona Indah Group
Facebook:
Pesona Indah Hantaran
Principal/Founder: Siti Mardhiah
Sms/Call: 012-3380016
Whatssupp/Call: 014-6347917 


15 blog paling ramai pengikut di Malaysia


BLOG HANTARAN PALING RAMAI*******


Pengikut-pengikut blog yang disenaraikan di bawah mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa. 
Biasalah, blog popular katakan....

Semua blog ni rasanya blog personal masing-masing, tapi boleh tak kita buat statistik blog home-based paling ramai pengikut ke, blog hantaran paling popular ke?? Ahaks, perasan....

Disebabkan kami ni newbie dalam blog ni, jadi buzybody amik tau perihal blog paling ramai pengikut di Malaysia, dan saya dah nampak dah teknik they all...hehe...Tulis sahaja apa yang ada..

Jangan marah uolz, yang penting i dah masuk dalam list pengikut-pengikut tu, x caya..carilah sendiri..hehe


1. Lyssa Faizureen – 55 308 Pengikut
2. Fatin Liyana – 48 586 Pengikut
3. Hanis Zalikha – 41 288 Pengikut 
4. Maria Elena – 34 616 Pengikut
5. Cik Epal - 28 146 Pengikut 
6. Irine Nadia Marcello27 890 Pengikut
7. Zack Zukhairi – 27 041 Pengikut  
8. Ben Ashaari – 25 828 Pengikut 
9. Jejari Runcing – 25 033 Pengikut
10. yuyu Zulaikha – 20 880 Pengikut 
11. The Other Khairul – 18 361 Pengikut 
12. Nisa Kay – 13 701 Pengikut
13. Tubelawak – 12 729 Pengikut
14. Nurul Badiah Lai – 10 467 Pengikut  
15. Fatin Suhana – 10 186 Pengikut

Rabu, 29 Mei 2013

Mahar/ Mas Kahwin Tanda Kasih Sayang Dan Pemberian Wajib Kepada Isteri








Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari ).


Mahar Mengikut Negeri
Perundangan syariah di negara kita adalah di bawah bidang kuasa setiap sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna bahawa perkara-perkara yang berdasarkan perkahwinan adalah berlainan di antara negeri-negeri di Malaysia. Oleh itu anda akan mendapati bahawa wang mahar yang ditetapkan di setiap negeri adalah berlainan.


Perbezaan Mas Kahwin dan hantaran
Terdapat perbezaan di antara mas kahwin dan hantaran. Mas kahwin merupakan pemberian wajib, tetapi hantaran lebih merupakan hadiah kepada pihak isteri.


Hantaran adalah tidak wajib dan terpulang kepada pasangan untuk menentukan kadarnya. Tiada kadar minimum hantaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini berlainan dengan mas kahwin.

Pada keseluruhannya dalam adat Melayu wang hantaran merupakan bantuan bagi pihak isteri untuk belanja kahwin. Ia bertujuan mengurangkan beban isteri dan keluarga isteri dalam membuat persiapan majlis perkahwinan.

Ia juga boleh dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang kini bakal menjadi pasangannya. Sekiranya wang hantaran telah diserahkan kepada pihak isteri, maka terpulang kepada isteri untuk membelanjakannya.
Mahar Tanda Kasih sayang.


Pemberian Mahar

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.

Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.

Kadar Mahar
Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah.
Mas kahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan mas kahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.


Jenis Mahar       
                                                       
 a) Mahar Musamma. Mas kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai mas kahwin saudara-saudara perempuan yang lain. 
Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini. Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-
1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.
2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.

b.    Mahar Misil ( mahar yang sepadan )
 Mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu. Ia juga hendaklah  dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti  kakak, ibu saudaranya. Seterusnya menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.
Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah, sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan ) dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya. Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga, terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.

Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat, keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat di atas.
Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung

Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikah yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri.
Walau bagaimanapun terdapat keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa-apa mahar langsung daripada suami iaitu :-
a) Isteri hanya mendapat separuh sahaja daripada mahar apabila berlakunya perceraian sebelum persetubuhan.
 b) Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat pemberian mahar daripada suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum berlakunya persetubuhan.


Kesimpulan

Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembirakan dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.
Sebenarnya mas kahwin bukan harga bagi wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya. Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan mas kahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang,


Disunting dan rujukan dari  Jabatan Agama Islam WPKL

Selasa, 28 Mei 2013

Pesona Indah Handbouquet

We present you..our Pesona Indah art n craft exclusively hand made designed for you. We will bring you together in our journey of beautiful arts inspired from nature.
(Kami persembahkan dunia indah seni kraft hasil tangan diiljamkan dari alam semulajadi anugerahNya)
Foam Flower & Felt craft (kraf dari fabrik felt) and many more will be bring to you insyaAllah.
Date Release: 30.05.2013 - 31.05.2013




From: Pesona Indah Group
Facebook:
Pesona Indah Hantaran
Website: Http://www.pesonaindahhantaran.com
Principal/Founder: Siti Mardhiah
Sms/Call: 012-3380016
Whatssupp/Call: 014-6347917 

Isnin, 27 Mei 2013

Pakej Hantaran Info 1

Assalammualaikum & Good Day

We now offer hantaran decorating service based on your budget (also depends on the type of decoration) sure, for those wants to save their budget, they want the best for their special day. We too want the best for your special day :) Just contact us at 012-3380016 or email at pesonaindahhantaran@gmail.com

p/s: if you have your own decorations, then I can charge as low as RM10 per dulang to decorate your hantaran (also depends on your decorations).

       

From: Pesona Indah Group
Facebook: Pesona Indah Hantaran
Website: Http://www.pesonaindahhantaran.com
Principal/Founder: Siti Mardhiah
Sms/Call: 012-3380016
Whatssupp/Call: 014-6347917

Ahad, 26 Mei 2013

Pakej Hantaran Info 2

Assalammualaikum & Good Day...

Dear readers,

Thank you for your interest on our decoration of hantaran. We are in the middle of looking the most unique and classy trays for you to use during your BIG day at absolutely affordable rate. InsyaAllah...Stay tuned!!!

In a mean time, you may check out these package that you may use to order or booked for your special day.

Artificial Flower Hantaran
Our package is only RM45 minimum up to RM250 maximum.
The package is inclusive of rental item and design decorations.
What you need to do is to provide us the item for deco.

Arificial Wedding/Engagement Bouquet
Our wedding bouquet is only RM70 minimum up to RM200 maximum.

Fresh Flower Hantaran
Our package is only RM90 minimum up to RM400 maximum.
The package is inclusive of rental item and design decorations.
What you need to do is to provide us the item for deco.

Fresh Flower Wedding/Engagement Bouquet
Our wedding bouquet is only RM90 minimum up to RM350 maximum.

For early bookings (3 months at least), we will give you 1 dulang FOC!

From: Pesona Indah Group
Facebook:
Pesona Indah Hantaran
Principal/Founder: Siti Mardhiah
Sms/Call: 012-3380016
Whatssupp/Call: 014-6347917 

Sabtu, 25 Mei 2013

Pesona Indah Hantaran Business History

Assalammualaikum + Hye Everybody,

Rasa terdetik di hati nak bercerita tentang bermulanya sejarah Pesona Indah Hantaran dalam dunia perniagaan gubahan hantaran..

Pada mulanya, saya tubuhkan Facebook saya di Pesona Indah Hantaran Full untuk updatedkan semua info perkahwinan + pertunangan dari kawan-kawan sekolah saya tapi tak disangka yang ia membuatkan saya jatuh cinta pada dunia gubahan..


 

Dan disebabkan minat yang mendalam, saya menawarkan diri untuk membuat gubahan pertama saya pada tahun 2007 iaitu untuk majlis pertunangan paklang saya yang bertemakan hijau. Ini adalah hasilnya ..

http://www.pesonaindahhantaran.com/2007/12/pih-hantaran-hijau.html


Akhirnya, sehingga kini saya masih meneruskan minat saya dalam gubahan hantaran pertunangan & perkahwinan dan sepanjang tempoh saya menjalankan perniagaan ini terdapat pelbagai pengalaman + peristiwa pahit dan manis yang tak perlu saya kongsi.

Biarlah ianya menjadi sebahagiaan dari pengalaman hidup saya...

Saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya sehingga kini lebih2x lagi ahli keluarga saya yang amat saya sayangi..

Di sini, saya juga ingin memaklumkan bahawa saya mengamalkan perniagaan berkonsepkan 'home based', jadi sebarang temujanji saya akan lakukan di luar ...

InysaAllah, impian untuk menempatkan semua koleksi gubahan hantaran ini di sebuah galeri hantaran masih berkobar2x..

Coretan Hati dari Pesona Indah Group

Ms Siti
012-3380016

Fah Lean Floral

Assalammualaikum, Hye Semua..

Pesona Indah nak buat entry mengenai Kedai Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd..Biasa dengar kan? Kalau sesiapa merupakan pembeli tegar Majalah Pengantin keluaran Grup Majalah Karangkraf, iklan dia akan sentiasa berada di muka surat hadapan.

Apa yang anda tidak tahu mengenai Fah Lean Floral?? Fah Lean merupakan Pusat Bunga & Kraftangan yang menyediakan pelbagai pilihan hantaran & Hiasan..

Honestly speaking, kami Pesona Indah Hantaran juga belum pernah menjejakkan kaki lagi ke sana walaupun dah melanggan/membeli Majalah Pengantin berkurun lama..

Mungkin disebabkan kesibukan dalam urusan harian yang buat kaki ni belum jejak ke sana..Jadi disebabkan ramai yang dah berkata tentang Fah Lean Floral ni, jadi sebagai penggubah gubahan hantaran pertunangan & perkahwinan, rasa macam tak patut pula tak pergi sana untuk melihat sendiri semua koleksi yang ada..

Bagi sesiapa yang nak berkunjung ke Kedai Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd, saya sertakan informasi-informasi yang boleh anda lihat untuk rujukan sebelum ke sana..
FB: Fah Lean Floral FB   (info: saya dah cuba check, macam tak aktif je..tak kisah lah kan..)

Copy & Paste dari laman web (sebab malas nak menaip)

Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd (656865-X)
Address : No. 2 & 2A, Jalan 1/3,
Taman Industri Selesa Jaya
43300 Balakong, Selangor, Malaysia
Tel :+603-8962 3670
Fax :+603-8961 3520
E-mail :info@fahleanfloral.com


Map ke sana: Google Map






Design by Pink Is Love | Tempah Blog.Copyright © 2013 Pesona Indah Hantaran